Thursday, November 11, 2010

Kesilapan penternak ikan keli

ikan keli adalah ikan air tawar yang pada masa sekarang semakin mendapat sambutan daripada semua peringkat masyarakat.Ini kerana selain dengan harganya yang murah, rasa ikan keli ini juga sedap dan manis.Manis di sini bukan bermaksud manis macam gula :-). Cuma bagi peminat ikan keli, mereka mengatakan bahawa isi ikan keli ini rasa manis skit berbanding dengan ikan air tawar lain.Ini adalah pendapat daripada pengemar ikan keli.

Kita sebagai seorang berfikiran usahawan , tunggu apa lagi ambil lah kesempatan.Ambil kesempatan di sini bukannya bermaksud ambil peluang ke atas kelemahan atas orang lain dengan melakukan kejahatan , tetapi ambik kesempatan di sini ialah mengambil peluang untuk membuat duit dengan membuat penternakan ikan keli untuk memenuhi pasaran.

Siapa yang cepat..dia lah yang dapat...tapi ada ramai penternak ikan keli mengalami banyak kegagalan dan seterusnya berputus asa untuk meneruskan penternakan ikan keli dan seterusnya bungkus semua projek penternakan mereka.Ini kerana terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka dan salah satunya ialah salah memilih saiz benih ikan keli.Ini adalah kesilapan bagi kita adalah remeh dan kecil.Tetapi percayalah kesilapan ini akan memberi kesan yang amat besar kepada perusahaan penternakan anda. Ada banyak lagi kesilapan yang biasa penternak ikan keli lakukan. Nanti post yang akan datang , saya akan huraikan kesilapan lain yang dilakukan oleh para penternak. wassalam.